NATALIE Desselle-Reid meninggal dunia di sisi keluarga.
NATALIE Desselle-Reid meninggal dunia di sisi keluarga.
Agensi

Los Angeles: Pelakon dan pelawak, Natalie Desselle-Reid meninggal dunia pada usia 53 tahun akibatkanser kolon, hari ini.

Berita itu disahkan ahli keluarganya yang memaklumkan Desselle-Reid menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga.

"Dengan rasa berat hati, kami ingin berkongsi baru kehilangan Natalie pada pagi ini. Dia adalah ibarat cahaya yang terang di dunia ini. Dia seorang ratu. Seorang ibu serta isteri yang luar biasa," katanya.

Sebaik berita sedih itu dilaporkan, peminat dan rakan artis turut berduka dengan pemergiannya. Antara yang cukup terkesan adalah pelakon, Halle Berry.

"Saya masih terkejut dan memang patah hati. Saya perlukan masa bertenang," tulisnya di Twitter.

Desselle-Reid cukup dikenali menerusi pembabitannya dalam beberapa siri dan filem prolifik. Ia termasuk B*A*P*S lakonannya bersama Berry pada 1997.

Mendiang turut membintangi Cinderella di samping Brandy dan Whitney Houston. Tidak ketinggalan, berlakon dalam sitkom popular, Eve dan Madea's Big Happy Family.

Deselle-Reid disahkan menghidap kanser itu awal tahun ini. Mendiang meninggalkan suami, Leonard, dan tiga anak, Sereno, Summer, dan Sasha.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 12:28 PM