Agensi

Kuala Lumpur : Bintang filem, Halle Berry nampaknya tidak berpuas hati dengan tindakan penyanyi, Drake yang menggunakan gambarnya 'bersalut' lendir untuk mempromosikan single baharunya, Slime You Out.

Di Instagram, Berry memuat naik hantaran berupa kenyataan mengenai wanita yang harus bangkit untuk haknya.

"Kadang-kadang, kamu kena menjadi 'lelaki gergasi' walaupun kamu seorang wanita," tulisnya.

Menguatkan lagi spekulasi mengenai ketidakpuasan hatinya adalah apabila dia membalas satu komen netizen.

"Dia tak minta izin daripada saya. Ini yang tak menarik sebab saya anggap dia lebih baik daripada ini," tulisnya.

Dalam satu lagi komen, Berry membalas komen dan meluahkan rasa kecewanya terhadap Drake.

"Berkaitan hantaran saya hari ini. Apabila orang yang kamu kagumi mengecewakan kamu, kamu kena jadi orang yang berani bersuara dan teruskan!" tulisnya.

Gambar yang digunakan Drake adalah gambar Berry ketika hadir ke acara Kids' Choice Awards 2012 dan kelihatan, Berry diseliputi lendir hijau yang menjadi 'trademark' acara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 11:39 AM