Agensi

Las Vegas: Gregory Tyree Boyce yang juga pelakon filem Twilight, ditemui mati bersama teman wanitanya di kediaman mereka di Nevada.

Boyce, 30, dan teman wanitanya Natalie Adepoju, 27, ditemui mati 13 Mei lalu namun punca kematian belum dikenal pasti.

Kematian pasangan itu disahkan Pejabat Pemeriksa Perubatan Las Vegas.

Portal TMZ melaporkan, pihak berkuasa menemui serbuk putih di lokasi kejadian.

Dalam francais pertama filem popular itu, Boyce memegang watak Tyler Crowley.

Selain itu, mendiang juga turut membintangi filem Apocalypse dua tahun lalu.

Kematian Boyce disedari sepupunya yang curiga selepas selebriti itu tiada di Los Angeles.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, sepupunya pergi kondominium dan menemui mayat Boyce bersama teman wanitanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2020 @ 4:45 PM