Spekulasi nampaknya semakin kencang mengatakan kumpulan yang meledak suatu ketika dulu dengan lagu Nobody iaitu Wonder Girls bakal membuat ‘comeback’.

Kali ini, bukan berdua atau bertiga, namun kelima-lima mereka.

Meskipun Sohee tidak lagi bersama agensinya, JYP Entertainment, namun dia dan Sunmi serta Sunye bersedia untuk bergabung semula selepas tiga tahun menyepi.

Baru-baru ini, beberapa syarikat hiburan juga mengesahkan mereka sudah memasuki studio merakamkan lagu, selain pembikinan video muzik yang sedang rancak dijalankan.

Bagaimanapun, pihak JYP Entertainment menjelaskan, belum ada sebarang keputusan dibuat setakat ini.

“Belum ada apa-apa yang diputuskan mengenai ‘comeback’ Wonder Girls. Sunye pun kembali ke industri muzik untuk agenda peribadi. Bukanlah sebahagian daripada agenda ‘comeback’ bersama anggota lain,” kata pihak agensi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 1:23 PM