BARISAN pemain Arsenal meraikan kejayaan selepas menewaskan Spurs. FOTO REUTERS
BARISAN pemain Arsenal meraikan kejayaan selepas menewaskan Spurs. FOTO REUTERS
AFP

London: Arsenal meraih kemenangan 3-2 ke atas musuh ketat, Tottenham dalam perlawanan derby utara London hari ini untuk mengekalkan cengkaman mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dengan misi untuk kekal mengatasi Manchester City dalam perebutan kejuaraan liga, pasukan kendalian Mikel Arteta mendiamkan penyokong tuan rumah di Stadium Tottenham Hotspur apabila memperoleh tiga gol sebelum separuh masa pertama.

Gol sendiri Pierre-Emile Hojbjerg meletakkan Arsenal di hadapan sebelum Bukayo Saka dan Kai Havertz masing-masing menjaringkan gol untuk Arsenal.

Cristian Romero dan Son Heung-min menjaringkan gol untuk Tottenham selepas rehat namun Arsenal mempertahankan kedudukan 3-2 sehingga hujung perlawanan.

Arsenal berada empat mata di hadapan City di tempat kedua, yang akan bertemu Nottingham Forest selepas ini.

City akan merangkul kejuaraan liga kali keempat berturut-turut yang tidak pernah berlaku sebelum ini jika mereka memenangi kesemua lima perlawanan terakhir.

Tetapi Arsenal sedang melakukan segala yang mereka mampu selepas dikecewakan skuad bimbingan Pep Guardiola dalam perebutan kejuaraan liga pada musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 11:34 PM