Rumah tangga bekas anggota Wonder Girls iaitu Sunye semakin bahagia apabila dilaporkan hamil anak kedua, baru-baru ini.

Sunye menimang cahaya mata perempuan dua tahun lalu. Meskipun ini kehamilan kedua, Sunye khabarnya masih berdepan alahan pagi.

Dek kerana keadaan itu, dia lebih banyak berehat dan meluangkan masa bersama keluarga di Gyeonggi-do.

Sunye anggota pertama meninggalkan Wonder Girls apabila berkahwin dengan teman lelakinya, James Park pada Januari 2013.

Pasangan romantik itu dikurniakan anak sulung pada Oktober 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 9:36 AM