Berita gembira buat peminat 2PM! Syarikat pengurusan JYP Entertainment mengumumkan 2PM akan menjadi artis seterusnya daripada agensi itu untuk kembali dengan produk baru.

Agensi itu dikatakan kini dalam proses rundingan untuk mendapatkan tarikh dan perincian sesuai sebelum menampilkan semula 2PM dengan nafas baru.

“Kali terakhir 2PM muncul dengan lagu Go Crazy pada September lalu susulan I’m Your Man yang beberapa kali dipromosi di Jepun,” kata wakil agensi.

Sebelum ini, kumpulan Kpop wanita, miss A berjaya dengan ‘comeback’ mereka yang mendapat maklum balas positif daripada peminat mereka dan kini giliran 2PM pula.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 10:59 AM