Isma Ismail


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Besut kembali meningkat walaupun secara keseluruhan bilangan mereka yang dipindahkan di Terengganu menyusut.

Jumlah keluruhan mangsa banjir pada 12 tengah malam menurun kepada 9,640 orang berbanding 9,718 orang, pada 9 malam tadi.

Seramai 3,845 mangsa daripada 1,055 keluarga di Besut berada di 49 pusat pemindahan pada tengah malam ini berbanding 3,784 orang sebelumnya.

Berdasarkan kenyataan banjir, etindakan.terengganu.gov.my, jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri itu menurun selepas daerah Setiu mencatatkan seramai 1,290 orang pada tengah malam ini berbanding 1,428 orang pada 9 malam tadi.

Di Hulu Terengganu pula jumlahnya kekal seramai 3,219 orang daripada 1,092 keluarga di 22 pusat pemindahan.

Daerah lain juga mencatatkan jumlah yang sama seperti sebelumnya iaitu Dungun 616 orang, Kemaman (598), Kuala Terengganu/Kuala Nerus (43) dan Marang (30).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 1:33 AM
MAIZATUL Akma Adul Khalid, 33, yang dalam pantang bersama bayinya, Mawar Anggun Qaira Khairul Amizan, 21 hari, yang ada demam kuning. IHSAN Maiztul Akma
MAIZATUL Akma Adul Khalid, 33, yang dalam pantang bersama bayinya, Mawar Anggun Qaira Khairul Amizan, 21 hari, yang ada demam kuning. IHSAN Maiztul Akma