(Dari kanan) Ayu Wati Sarina Alimudin, 16, Siti Rokiah Che Awang, 46, dan Nik Nap Che Mat, 53, pulang ke rumah selepas air mulai surut di Kampung Tasek, Permaisuri. FOTO Ghazali Kori
(Dari kanan) Ayu Wati Sarina Alimudin, 16, Siti Rokiah Che Awang, 46, dan Nik Nap Che Mat, 53, pulang ke rumah selepas air mulai surut di Kampung Tasek, Permaisuri. FOTO Ghazali Kori
Isma Ismail


Kuala Terengganu: Kini hanya tinggal mangsa banjir di tiga daerah di Terengganu selepas dua pusat pemindahan di Besut ditutup operasinya petang ini.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman pada jam 3 petang ini adalah seramai 374 orang daripada 98 keluarga.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, mangsa banjir di Hulu Terengganu kini hanya tinggal 255 orang di enam pusat pemindahan berbanding dengan 403 orang di tujuh pusat pemindahan sebelum ini.

Mangsa banjir di Kemaman pula menurun kepada 65 orang di sebuah pusat pemindahan pada petang ini berbanding 126 orang di tiga pusat pemindahan tengah hari tadi.

Seramai 54 mangsa banjir pula masih berada di sebuah pusat pemindahan di Setiu berbanding 70 orang di dua pusat pemindahan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 4:43 PM