KEADAAN jalan di Permaisuri yang dinaiki air akibat hujan berterusan sejak pagi semalam. FOTO Ghazali Kori
KEADAAN jalan di Permaisuri yang dinaiki air akibat hujan berterusan sejak pagi semalam. FOTO Ghazali Kori
Isma Ismail


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 1,432 orang daripada 390 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 485 orang tengah malam tadi.

Menurut kenyataan Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebanyak 35 pusat pemindahan sudah dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di Besut dan Setiu.

Jumlah itu meningkat berbanding hanya 15 pusat pemindahan yang dibuka pada tengah malam tadi.

Seramai 1,098 mangsa daripada 322 keluarga ditempatkan di 25 pusat pemindahan di Besut berbanding 471 orang daripada 120 keluarga dipindahkan sebelum ini.

Di Setiu pula, seramai 334 orang daripada 68 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan berbanding hanya 14 mangsa berpindah ke dua pusat pemindahan tengah malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 10:05 AM