Anak kepada Mat Zaid, Nur Syahirah Fatini, 12, dan Mohammad Zahari, 8, mengalihkan ayam yang terperangkap akibat banjir di rumah mereka di Kampung Matang. FOTO NAZDY HARUN.
Anak kepada Mat Zaid, Nur Syahirah Fatini, 12, dan Mohammad Zahari, 8, mengalihkan ayam yang terperangkap akibat banjir di rumah mereka di Kampung Matang. FOTO NAZDY HARUN.
Isma Ismail


Kuala Terengganu: Bilangan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Terengganu pagi ini menurun kepada 904 orang daripada 247 keluarga berbanding 1,090 orang daripada 292 keluarga pada tengah malam tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi yang masih berada di lapan pusat pemindahan dengan 410 orang daripada 136 keluarga.

Ia diikuti daerah Kemaman dengan 184 mangsa daripada 38 keluarga di enam pusat pemindahan.

Di kawasan Besut pula terdapat seramai 155 mangsa daripada 40 keluarga di empat pusat pemindahan sehingga jam 8 pagi ini.

Jumlah mangsa di Setiu pula seramai 153 orang daripada 32 keluarga di empat pusat pemindahan manakala terdapat dua orang daripada satu keluarga di sebuah pusat pemindahan ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 9:56 AM