PENDUDUK Kampung Kuala Jeneris, Hasnah Ahmad, 56, bersama anaknya Siti Nor Kiah Mohd Saidi, 28 (kanan), membersihkan rumahnya selepas dilanda banjir. FOTO Nazdy Harun
PENDUDUK Kampung Kuala Jeneris, Hasnah Ahmad, 56, bersama anaknya Siti Nor Kiah Mohd Saidi, 28 (kanan), membersihkan rumahnya selepas dilanda banjir. FOTO Nazdy Harun
Isma Ismail


Kuala Terengganu: Dungun mencatatkan pertambahan mangsa di pusat pemindahan pagi ini apabila seramai 933 orang dipindahkan berbanding 616 orang, tengah malam tadi.

Sehingga jam 9 pagi ini, kesemua mangsa daripada 251 keluarga itu ditempatkan di 18 pusat pemindahan.

Bagaimanapun, etindakan.terengganu.gov.my melaporkan jumlah keseluruhan mangsa di pusat pemindahan di negeri itu menurun kepada 7,306 orang berbanding 9,640 orang pada 12 tengah malam tadi.

Daerah Besut masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 3,312 orang walaupun menurun berbanding 3,784 orang sebelum ini.

Di kawasan Setiu juga menurun kepada1,204 orang pagi ini berbanding 1,290 orang manakala hanya 1,119 orang di Hulu Terengganu berbanding 3,219 orang pada tengah malam tadi.

Di kawasan lain turut mencatat penurunan termasuk di Kemaman dengan 569 orang, Kuala Terengganu/Kuala Nerus (130) dan Marang (39).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 11:02 AM