MANGSA banjir mengangkat barangan masing-masing untuk pulang ke rumah selepas pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2 ditutup sepenuhnya. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
MANGSA banjir mengangkat barangan masing-masing untuk pulang ke rumah selepas pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2 ditutup sepenuhnya. FOTO Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
Isma Ismail


BANJIR di Terengganu semakin pulih apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah sudah ditutup menjadikan jumlah mangsa pada tengah hari ini seramai 590 orang daripada 146 keluarga berbanding 1,080 orang daripada 285 keluarga, pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, semua PPS di Kuala Nerus ditutup pada 11 pagi manakala di Dungun dan Marang pula pada 12 tengah hari.

Berikutan itu, ketika ini mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS berada di daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Besut masih lagi mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 558 orang daripada 139 keluarga di lima PPS berbanding 889 orang daripada 236 keluarga di 19 PPS, pagi tadi.

Jumlah mangsa di Setiu pula kekal dengan 27 orang daripada lima keluarga di satu PPS seperti laporan pada 8 pagi tadi.

Ia diikuti Kuala Terengganu dengan 53 mangsa daripada 14 keluarga di dua PPS sama seperti jumlah tengah malam tadi.

Di Kuala Terengganu pula, jumlah mangsa pada tengah hari tadi menurun kepada lima orang daripada dua keluarga di satu PPS berbanding seramai 53 mangsa daripada 14 keluarga di dua PPS sebelumnya.

Berita berkaitan:

Dengus banjir

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 4:08 PM