PEMENANG bagi setiap kategori pertandingan menerima hadiah masing-masing.
PEMENANG bagi setiap kategori pertandingan menerima hadiah masing-masing.
Ruhaiza Rusmin


Selaras dengan moto teras ‘Aplikasi Dunia Nyata,’ Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) menganjurkan program ‘Trending, Lifestyle and Beyond’ sebagai acara kemuncak kepada semua aktiviti pelajar dan fakulti, baru-baru ini.

Bagi membuktikan pendirian KLMUC mengenai kepentingan menyediakan pendidikan holistik melalui hubungan kukuh de­ngan rakan industri dan institusi antarabangsa, majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) turut diadakan antara KLMUC dengan International Management Institute (IMI) dari Switzerland.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Urusan, Pengiklanan dan Digital Tourism Malaysia, Datuk Seri Abdul Khani Daud, beberapa pemain industri dan Naib Canselor KLMUC, Kamal Nawawi.

Kamal berkata, melalui teknologi moden, kehidupan menjadi makin mudah dan ia merangkumi semua aspek gaya hidup moden.

“Sama ada aspek kerja, percutian, makanan, kesihatan dan pelanco­ngan, industri ini berdepan permintaan kompetitif.

“Justeru, KLMUC mementingkan keperluan pelajar untuk bersaing dalam landskap serba mencabar, sekali gus menjadikan mereka lebih bersedia untuk bersaing,” katanya.

Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan turut mengadakan pelbagai pertandingan selaras prinsipnya untuk memastikan kekal relavan dalam dunia pekerjaan sebenar.

Antaranya, menganjurkan pertandingan merangkumi bidang seperti pelancongan, pengurusan acara, seni pastri, seni kulinari, hospitaliti dan kesejahteraan.

Pelajar Fakulti Senireka & Kreativiti pula membantu menghasilkan video montaj yang mempamerkan semua acara kemuncak fakulti dan aktiviti dianjurkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2016 @ 1:04 PM