MAJLIS pelancaran dengan gimik maskot pisang.
MAJLIS pelancaran dengan gimik maskot pisang.
IKATAN harmoni digambarkan melalui Projek#PisangFKEE.
IKATAN harmoni digambarkan melalui Projek#PisangFKEE.
Ruhaiza Rusmin


Menyedari peranan penasihat akademik (PA) dan hubungan positif fakulti bersama siswa penting membentuk ekosistem fakulti serta universiti cemerlang, Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE), iaitu persatuan yang menaungi siswa Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencetuskan fenomena menerusi Projek #PisangFKEE.

Projek #PisangFKEE yang dilancarkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Madya Dr Asri Selamat sempena Hari Transformasi Minda (HTM) baru-baru ini, adalah simbolik usaha KKE dan FKEE merapatkan hubungan antara fakulti serta siswa.

“Menerusi hubungan baik ini, mereka lebih bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek.

“Ini juga bertepatan hasrat positif yang disasarkan dalam lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi),” katanya.

Walaupun hanya pisang yang diagihkan kepada setiap siswa menerusi PA masing-masing, Dekan FKEE, Profesor Madya Dr Afandi Ahmad dalam ucapannya pula menjelaskan Projek #PisangFKEE ini adalah inisiatif terkini FKEE dalam usaha menjalin hubungan lebih harmoni antara satu sama lain.

Tanpa mengira status, kepercayaan atau latar belakang masing - masing.

“Paling penting, projek ini bertujuan mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan warga UTHM sekali gus menyemarakkan lagi nilai - nilai positif.

“Pemilihan pisang sebagai simbolik kerana ia sebagai penyemarak tenaga dan sumber terbaik membekalkan potassium.

“Potassium dalam tubuh hilang apabila pelajar tertekan lebih-lebih lagi pada minggu padat menjelang peperiksaan. Atas rasional iniFKEE bersetuju menjadikan pisang sebagai buah-buahan rasmi FKEE,” katanya.

Selain Projek #PisangFKEE, turut berlangsung pelbagai acara seperti Cabaran Jurutera Elektrik dan Elektronik, Pidato Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Bahasa Malaysia dan Inggeris), Bicara Alumni, Pertandingan Pameran Akademik dan Penyelidikan Jabatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 1:13 PM