MOHAMAD Kamal (kanan) dan Prof Ahmad (dua dari kiri) bersama Melissa (tiga dari kiri) dan Inthu.
MOHAMAD Kamal (kanan) dan Prof Ahmad (dua dari kiri) bersama Melissa (tiga dari kiri) dan Inthu.

Kuala Lumpur Metropolitan College University (KLMUC) dan Kolej Cosmopoint, dua kolej di bawah Kumpulan Syarikat Cosmopoint mengadakan majlis konvokesyen ke-7 dan ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Selain pelajar dan keluarga mereka, turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Cosmopoint Mohamad Kamal Nawawi dan Naib Canselor KLMUC Prof Ahmad Hairi Abu Bakar.

Seramai 700 pelajar menerima diploma dan ijazah masing-masing termasuk graduan daripada Fakulti Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Pengurusan dan Perniagaan, Infomasi dan Teknologi, Pengajian Media, Kreatif dan Reka bentuk serta Kejuruteraan.

“Saya bangga dengan pencapaian graduan sekali gus membuktikan kualiti pembelajaran di KLMUC setanding dengan universiti terkemuka lain.

“Ia juga sebagai penghargaan kepada pengorbanan, kesungguhan dan jerih-perit yang dilalui pelajaran sepanjang di kolej ini,”kata Mohamad Kamal.

Antara pelajar cemer­lang dalam bidang masing-masing ialah Melissa Yam Cheok Mei, pemegang ijazah di Fakulti Akaun dan Kewangan dengan GPA keseluruhan 3.90 dan Inthu Mathi a/p Yokanathan (ijazah Perubatan dan Teknologi Makmal) dengan GPA keseluruhan 3.94.

Kedua-dua graduan itu menerima Anugerah Naib Canselor sebagai pelajar terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 11:44 AM