JOBSTREET antara nama besar yang terbabit sama dalam karnival itu.
JOBSTREET antara nama besar yang terbabit sama dalam karnival itu.
ANTARA syarikat yang mengambil bahagian pada Karnival Kerjaya KLMUC yang berlangsung di Kampus Metro, Menara TIMA.
ANTARA syarikat yang mengambil bahagian pada Karnival Kerjaya KLMUC yang berlangsung di Kampus Metro, Menara TIMA.
DR Ahmad Hairi (lima dari kanan) dan Mohamad Kamal (empat dari kanan) memeterai MoU bersama rakan kongsi .
DR Ahmad Hairi (lima dari kanan) dan Mohamad Kamal (empat dari kanan) memeterai MoU bersama rakan kongsi .
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman

Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) dengan tujuh fakulti menawarkan lebih 50 program, antaranya pengurusan perniagaan, sains kesihatan, perhotelan dan pelancongan dan pengajian media.

Semua kursus ditawarkan itu mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ditubuhkan pada 2006, KLMUC menawarkan pengajian asasi, diploma dan ijazah dengan prinsip ‘Real World Practice’ sebagai laluan dan modul kepada kejayaan pelajar.

KLMUC turut bekerjasama dengan pelbagai industri dan sektor profesional dalam membangunkan program-program akademik relevan.

KLMUC menganjurkan ‘Karnival Kerjaya KLMUC’ baru-baru ini bagi menggabungkan pembangunan dinamik dunia profesional ke dalam kurikulum akademik.

Karnival di kampus Metro, Menara TIMA itu selari dengan slogan KLMUC yang menggabungkan ilmu akademik dan kemahiran profesional. Antara yang terbabit dalam karnival itu ialah Job Street, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan TalentCorp.

Karnival itu dianjurkan unit Careers and Partners (CAP) dan majlis perasmian disempurnakan Naib Canselor KLMUC Prof Dr Ahmad Hairi Abu Baker. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cosmopoint Mohamad Kamal Nawawi.

“Kami berpuas hati dengan penganjuran ini kerana dapat membantu melengkapkan pelajar dengan teori akademik dan kemahiran yang diperlukan industri.

“Ini elemen asas kepada inisiatif ‘Aplikasi Dunia Nyata’ yang menekankan kepada pelajar aspek perkembangan kemahiran professional selari pembelajaran akademik,” kata Dr Ahmad Hairi ketika majlis perasmian.

Pelajar berpeluang menduduki sesi temu duga selain perkongsian pengalaman bersama mereka yang terbabit dalam industri antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Radio, Kudsia Kahar dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Malaysia Kahar Kamaruddin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 11:38 AM