TUNKU Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman melakukan pukulan pada Kejohanan Golf Amal Piala Laksamana, di The Els Club Desaru, Kota Tinggi. FOTO Mohd Azren Jamaludin
TUNKU Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman melakukan pukulan pada Kejohanan Golf Amal Piala Laksamana, di The Els Club Desaru, Kota Tinggi. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohamad Fahd Rahmat


Kota Tinggi: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melancarkan Kejohanan Golf Amal Trofi Laksamana 2016 di Els Club Desaru Coast, Desaru, di sini, hari ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Pelancongan Golf Johor (JGTA) itu bertujuan meraih dana bagi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor yang turut disertai 120 pemain.

Pengerusi penganjur trofi berkenaan, Tan Sri Esa Mohamed, berkata dengan Tema 'When Golf Matters', kejohanan itu amat bermakna bagi JGTA dan The Els Club Desaru Coast.

"Kami turut berbesar hati melihat 120 pemain berkongsi visi dengan JGTA untuk tujuan murni ini, selain gembira kerana 30 syarikat yang tampil memberi sokongan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 11:24 AM