FOTO Mohd Azren Jamaluddin
FOTO Mohd Azren Jamaluddin
Mohamad Fahd Rahmat


Kota Tinggi: Sekurang-kurangnya RM3.9 juta diraih dalam bidaan sempena Kejohanan Golf Amal Trofi Laksamana 2016 di Els Club Desaru Coast, Desaru di sini, hari ini.

Lebih manis bidaan tertinggi dimenangi Pengarah Urusan Kumpulan WESTSTAR, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.

Beliau kini memiliki Harley Davidson Road King kesayangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, selepas membidanya pada nilai RM2.1 juta.

Motosikal dengan nombor pendaftaran JSA 1 itu adalah sumbangan peribadi Sultan Ibrahim bagi membantu yayasan berkenaan.

Yayasan itu ditubuhkan bagi membantu mereka yang menderita kanser seperti dialami Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil.

Selain itu, WESTSTAR turut menyumbangkan RM1 juta untuk dana Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor.

Penyumbang lain termasuk Forest City, Country Garden Pacificview berjumlah RM100,000 dan Petronas RM70,000.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 6:53 PM