HM Digital

• Suami isteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Hospital Tanah Merah minggu lalu.

• Jepun menarik balik amaran tsunami berikutan gempa yang melanda utara Jepun, pagi Selasa.

• Perjumpaan ahli sindiket penipuan warga Afrika atau ‘African Scam’ untuk merekrut anggota baru di sebuah premis hiburan di Setia Walk, Puchong, berjaya dihidu pihak berkuasa.

• 62 orang termasuk tiga wanita disyaki penagih dicekup AADK menerusi serbuan di kawasan yang menjadi sarang penagih di empat lokasi di Kuala Kedah.

• Polis rampas 1500 cakera padat digital (DVD) cetak rompak berjumlah kira-kira RM8,000 dan menahan lima suspek dalam serbuan di beberapa premis.

• Pemain sayap skuad Harimau Malaysia, Syazwan Zainon tidak kisah apabila video sesi temu ramahnya dalam bahasa Inggeris selepas perlawanan Piala AFF 2016 Ahad lalu viral di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 7:07 PM