MOHD Wazir (tengah)  menunjukkan DVD lucah dan cetak rompak yang dirampas. FOTO Mohd Azim Fitri
MOHD Wazir (tengah) menunjukkan DVD lucah dan cetak rompak yang dirampas. FOTO Mohd Azim Fitri
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang menahan tiga lelaki dan merampas 657 cakera padat digital (DVD) cetak rompak serta 45 DVD lucah di lot kedai tiga tingkat bandar Mentakab, Temerloh, semalam.

Ketua JSJK Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, dalam serbuan 2.30 petang semua suspek berusia 16 hingga 27 tahun ditahan selepas dipercayai menghasilkan DVD cetak rompak dan lucah sebelum dijual kepada orang ramai.

"Kami (polis) turut merampas peralatan mencetak DVD, pemain DVD, mesin pencetak, televisyen dan 133 kulit DVD pelbagai tajuk yang dianggarkan bernilai RM12,500," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.

Beliau berkata, sindiket yang beroperasi sejak tahun lalu turut mengubah suai premis mereka dengan membina beberapa bahagian dinding bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Katanya, semua suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(1) dan 18(4)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 5:53 PM