PENGURUS besar sebuah hotel, Hizam Shali Omar, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak memiliki lesen untuk mengusahakan sistem pembentungan persendirian. FOTO Syamsi Suhaimi
PENGURUS besar sebuah hotel, Hizam Shali Omar, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak memiliki lesen untuk mengusahakan sistem pembentungan persendirian. FOTO Syamsi Suhaimi
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Seorang pengurus besar sebuah hotel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan tidak memiliki lesen untuk mengusahakan sistem pembentungan persendirian, Oktober empat tahun lalu.

Hizam Shali Omar, 50, yang mewakili Hotel Sentral Management Sdn Bhd membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa tidak memiliki lesen untuk mengusahakan sistem pembentungan persendirian di premis di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, dekat Pasir Puteh, pada 24 Oktober 2012.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 20(1) (b) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 20(4) Akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM200,000 atau penjara tidak lebih dua bulan atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan, Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Mohd Helmy Razelan dan Hizam Shali diwakili peguam Nik Noor Nazri Nik Soh.

Mahkamah menetapkan 28 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 2:53 PM