MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas pengsan ketika menghadiri mesyuarat UMNO Kedah, semalam.
MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas pengsan ketika menghadiri mesyuarat UMNO Kedah, semalam.
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Menteri Besar Kedah perlu berehat di Kedah Medical Center (KMC), di sini, sekurang-kurangnya selama tiga hari lagi sebelum dibenarkan keluar.

Isterinya Datin Seri Hizam Awang Ahmad berkata, suaminya kini dalam keadaan stabil dan sedang berehat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Suaminya saya tidak kritikal walaupun ditempatkan di ICU kerana doktor menempatkannya di situ kerana ingin beliau rehat sepenuhnya.

“Jika ditempatkan di wad biasa bimbang orang keluar masuk menyebabkan suami tidak dapat berehat secukupnya,” katanya ketika dihubungi tadi.

Hizam berkata, suami diminta berpuasa sejak 12 tengah malam tadi untuk pemeriksaan dalaman hari ini oleh doktor.

“Suami sering mementingkan kesihatan namun beliau tidur lambat baru-baru ini sekitar jam 2 pagi dan bangun jam 6 pagi yang kemungkinan menyebabkan suami keletihan,” katanya.

Ahmad Bashah pitam ketika menghadiri mesyuarat bersama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel di sini semalam menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke KMC.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Jun 2016 @ 12:37 PM