MUZUKO belajar solat di Masjid Muhammadi. FOTO Ihsan Facebook Rosli Che Soh.
MUZUKO belajar solat di Masjid Muhammadi. FOTO Ihsan Facebook Rosli Che Soh.
Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Kemasyhuran Masjid Muhammadi, di sini, menjadi pilihan pelbagai golongan masyarakat di seluruh dunia termasuk seorang sukarelawan wanita dari Tokyo, Jepun.

Lebih menarik apabila Muzuko, 30, bukan saja ke masjid tertua di Kelantan itu untuk melihat keindahan seni bina, malah mempelajari dan mendalami agama Islam.

Imam Muda Kanan Masjid Muhammadi, Wan Zulkifli Wan Omar berkata, wanita itu sudah empat kali datang ke Kelantan semata-mata berkunjung ke masjid berkenaan.

Katanya, wanita itu juga mempelajari nilai dan budaya masyakarat di negara ini.

“Selepas beberapa kali hadir, dia menyatakan berhasrat mendalami agama Islam, bermula dengan mengambil wuduk dan belajar solat bersama Imam Tua Masjid Muhammadi, Rosli Che Soh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mei 2017 @ 5:42 AM