MOHD Ali Rustam (dua kanan) diiringi Jamelah (tiga kiri) meninjau perniagaan di Kuah. FOTO Hamzah Osman
MOHD Ali Rustam (dua kanan) diiringi Jamelah (tiga kiri) meninjau perniagaan di Kuah. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Sejumlah RM250 juta pembiayaan pinjaman disalurkan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kepada kira-kira 400 usahawan Bumiputera dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini bagi mengembangkan perniagaan.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, nilai pinjaman itu dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini dengan sasaran 500 usahawan dalam pelbagai sektor seperti peruncitan, automotif dan tekstil.

"Saya yakin kami dapat mencapai sasaran itu, malah dalam keadaan ekonomi sekarang usahawan digalakkan merebut peluang perniagaan menerusi sektor pelancongan.

"Kita juga mendapati perkembangan ekonomi global yang perlahan tahun ini tidak memberikan kesan kepada keupayaan usahawan yang dibantu PUNB, membayar balik pinjaman mereka," katanya selepas meninjau beberapa projek usahawan yang dibantu perbadanan itu di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah PUNB, Datuk Jamelah A Bakar.

Mohd Ali berkata, PUNB juga bersedia membantu lebih ramai lagi usahawan khususnya di pulau bebas cukai Langkawi untuk menceburi bidang pelancongan mewah yang cuba dipromosi kerajaan ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 7:16 PM