MANTAN Pengurus Pemasaran Sukan, Leonard Wee  (kiri) mengetuai sorakan penyokong kepada pasukan bola sepak kebangsaan sekembalinya dari
MANTAN Pengurus Pemasaran Sukan, Leonard Wee (kiri) mengetuai sorakan penyokong kepada pasukan bola sepak kebangsaan sekembalinya dari
EMPAT generasi bersama-sama mencipta sejarah.
EMPAT generasi bersama-sama mencipta sejarah.

Van Hijau MILO® yang ikonik

Salah satu kenangan zaman persekolahan bagi ramai di antara kita adalah ketibaan Van Hijau MILO® yang ikonik ke sekolah atau stadium semasa acara sukan. Bagi kebanyakan kita, salah satu kenangan zaman kanak-kanak yang susah dilupakan adalah ketika Van Hijau MILO® ini datang ke sekolah, terutamanya bila acara sukan diadakan.

Gambaran kawan dan pelajar lain menyerbu van MILO® itu untuk mendapatkan secawan MILO® yang lazat dan penuh bertenaga pasti menjadi satu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.

Selama lebih enam dekad, MILO® dengan aktifnya menggalakkan dan menerapkan gaya hidup sihat. Ia juga komited dalam usaha membangunkan sukan di peringkat akar umbi, tidak kira di peringkat daerah, negeri atau di peringkat nasional dengan tujuan membimbing dan mendidik bakat muda mencapai potensi mereka untuk menjadi jaguh negara.

Leonard Wee mula berkhidmat dari 1973 hingga 1980, diikuti oleh Datuk Dina Rizal dari 1980 hingga 2004, disusuli pula oleh Pengurus Pemasaran Sukan semasa iaitu Ng Ping Loong serta anak didik beliau, Kerwin Lim. Mereka berempat bertanggungjawab memastikan jenama ikonik MILO® hadir di setiap acara sukan sekolah di seluruh negara sejak 1970-an lagi. Hingga kini “Van Kantin” MILO® ataupun lebih dikenali sebagai Van MILO® yang menyediakan “Minuman Rasmi” dilihat seakan menjadi satu keperluan asas di semua acara sukan dan hari sukan sekolah. Reputasi itu masih kekal hingga sekarang.

Pelopor bidang Pemasaran Sukan

Sambil menggamit kenangan indah di zaman lampau, Leonard atau lebih dikenali sebagai Lenny adalah pelopor dalam bidang Pemasaran Sukan di MILO® dan beliau bangga kerana dapat berkongsi pengalamannya mengenai titik permulaan bahagian pemasaran sukan di MILO®.

“Pada 1970-an, MILO®, jenama minuman coklat malt yang utama di pasaran mulai menumpukan usaha untuk membekalkan minuman kepada kanak-kanak keluarga berpendapatan sederhana. Saya sememangnya peminat sukan dan niat itulah menjadi motivasi untuk masuk ke acara sukan sekolah bagi membekalkan minuman MILO® kepada semua pelajar sekolah. Inisiatif ini berjaya menambat hati pengguna dan sinonim dengan perkembangan sukan akar umbi di negara kita.”

Sebagai seorang bekas guru dan penyelia Pendidikan Jasmani, Leonard berasa amat girang apabila menyebut mengenai aktiviti sukan. Beliau sangat aktif dalam penganjuran program sukan. Satu di antara program itu membantu dalam pembangunan Datuk Marina Chin, bekas ratu olahraga negara yang memenangi tujuh pingat emas Sukan SEA. Sebagai pengasas Meja Sukan (Bahagian Pemasaran Sukan), beliau yakin aktiviti sukan boleh membantu meningkatkan jenama dan imej MILO®. Pada masa sama ia juga menggalakkan cetusan budaya dan gaya hidup yang membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat.

MILO®, lambang budaya sukan belia

Penggantinya, Datuk Dina turut mempunyai semangat yang sama dan berjaya membawa pemasaran sukan ke tahap lebih tinggi. Apabila ditanya bagaimana beliau meningkatkan prestasi bahagian pemasaran sukan MILO® hingga ke hari ini, dengan rendah hati beliau menjawab: “Kerja saya berdasarkan landasan yang dibina oleh Leonard sebelum ini. Kami mempunyai pendapat sama mengenai evolusi sukan dan bagaimana ia berjaya mengubah kehidupan rakyat di negara ini. Beliau seorang mentor hebat dan kini, hubungan kami boleh diibaratkan seperti adik-beradik.”

Beliau kadangkala berjenaka, menyatakan isteri yang setia bersamanya selama 37 tahun selalu mengganggap MILO® sebagai isterinya yang pertama. Walaupun begitu, isterinya bangga melihat semangat membaranya untuk menggunakan sukan sebagai alat perpaduan rakyat.

Jangan Putus Asa

Topik perbincangan mengenai filem Ola Bola sememangnya tidak dapat dielakkan dan kita bertanya pendapat mereka mengenai filem itu. Leonard dengan penuh semangat menyatakan: “Ola Bola sudah melepasi jangkaan dan berjaya mencetuskan semula semangat serta mengingatkan kita mengenai nilai persahabatan dan kecekalan yang menjadi aset penting negara kita.”

“Ola Bola satu permulaan baik dan tugas kita sekarang ialah mengekalkan momentum untuk mendorong sukan di peringkat akar umbi dan menerapkan semangat ketabahan yang menjadikan kita juara!” jelas Dina.

MILO® bekerjasama dengan filem Ola Bola untuk meraikan zaman kegemilangan bola sepak Malaysia dan mengenang kembali semangat “Never Give Up” jaguh legenda yang perlu diikuti oleh generasi akan datang. Kedua-dua pihak sama-sama menyalurkan semangat gigih dengan tujuan mendidik golongan muda mengenai prinsip sebenar menang dan kalah dan yang paling penting: “Juara Takkan Gentar”.

Ping Loong, sebagai ketua bahagian pemasaran sukan semasa MILO®, turut memuji kejayaan filem Ola Bola yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia.

“Filem ini bukan saja sebuah kisah mengenai bola sepak, tapi ia menjadi pantulan negara kita – ia menyatukan rakyat kita melalui semangat kesukanan. Saya masih ingat lagi menonton perlawanan itu ketika kecil dan perasaan bangga yang saya rasa terhadap atlet dan negara kita,” kata Ping Loong.

MILO® merintis dan menanam intipati bahawa sukan sebagai guru nilai murni kehidupan sambil terus meningkatkan usaha untuk menjana impian atlet muda melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, organisasi berkaitan dan masyarakat tempatan untuk menyediakan pentas bagi memupuk dan mengembangkan bakat sukan. MILO® juga mencipta inisiatif sendiri seperti Champions Clinic atau Hidup Bola di bawah janji Juara Takkan Gentar.

Alaf baru dunia sukan

Kerwin, sebagai ahli paling muda dalam perbincangan kumpulan, turut berkongsi dorongannya untuk memilih pemasaran sukan sebagai kariernya. Beliau anak seorang penggiat sukan dan ini memainkan peranan penting dalam memilih arah tujuan dalam hidupnya. Beliau pernah berangan-angan untuk menjadi pemain bola sepak profesional walaupun ibu bapanya bimbang mengenai kecederaan yang mungkin menjejaskan kariernya.

“Secara ironik, saya tercedera dalam perlawanan ragbi dan bukan bola sepak beberapa tahun kemudian. Apabila saya mendapat tawaran bekerja dalam bidang pemasaran sukan bersama MILO®, saya mengambil kesempatan itu serta-merta.”

Dedikasi semua individu ini terhadap matlamat menyatukan rakyat Malaysia melalui sukan menjadi penentu kejayaan mereka selama ini. Inilah keunikan mereka dan inilah keunikan MILO®.

Sertailah MILO® dan juara-juara Malaysia dalam perbincangan Juara Takkan Gentar dengan menggunakan #nevergiveup dan #takkan-
gentar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 9:20 AM