Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my

Musim persekolahan semakin hampir. Pastinya, pelbagai cabaran yang harus dihadapi anak-anak juga ibu bapa.

Ada yang tidak sabar untuk kembali ke sekolah, tidak kurang juga yang berasa gelisah untuk memulakan hari pertama terutama bagi si kecil yang baru kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah.

Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan kepada anak dalam menghadapi setiap cabaran yang akan datang.

Beberapa panduan mungkin membantu ibu bapa bagi menangani cabaran tahun baru apabila si kecil memulakan alam persekolahan.

1. Cabaran pertama - bersiap sedia untuk ke sekolah

Perubahan mood bercuti kepada sesi persekolahan ada kalanya memberikan tekanan kepada anak-anak yang akhirnya menimbulkan perasaan gelisah dalam hati mereka.

Sebenarnya, perkara itu boleh dielakkan dengan membuat persediaan awal untuk anak menghadapi musim persekolahan yang baru. Bagi mengatasi masalah berkenaan, boleh cuba lakukan perkara di bawah sebelum menjelangnya sesi persekolahan.

- Elakkan keadaan kelam-kabut pada hari pertama sekolah dengan melatih anak-anak bangun awal. Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesi persekolahan bermula.

Kejutkan anak lebih awal dan cuba mulakan pagi mereka dengan menyediakan sarapan yang berkhasiat agar si kecil bersedia menghadapi hari persekolahan.

Rutin yang konsisten boleh memudahkan mereka untuk tidur lebih awal dan bangun pada waktu yang sepatutnya. Babitkan mereka dalam melakukan persedian barangan keperluan persekolahan seperti alat tulis, beg, bekas makanan ataupun membuat senarai makanan kegemaran untuk dibawa ke sekolah supaya mereka lebih bersedia serta berasa teruja.

2. Cabaran kedua - kekal aktif dan positif

Kanak-kanak pada hari ini banyak menghabiskan masa dengan melayari Internet atau menonton televisyen di rumah ketika musim cuti sekolah.

Ketika ini, ibu bapa boleh luangkan masa bersama anak-anak dan menggalakkan mereka membabitkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan atau fizikal.

Bersukan bukan saja boleh membantu meningkatkan kecergasan, tetapi aktiviti berkenaan juga boleh membantu mencungkil bakat dimiliki anak. Namun, cabaran berkenaan boleh diatasi dengan melakukan beberapa perkara atau aktiviti seperti:

• Aktiviti lompat trampolin ialah sukan yang semakin popular dan membolehkan si kecil melompat dengan pelbagai gaya serta aksi. Ia sukan menyeronokkan untuk orang dewasa juga kanak-kanak.

• Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak mengunjungi taman permainan yang lengkap dengan kemudahan khas bagi menggalakkan mereka bergerak aktif.

Di situ, mereka boleh menyertai permainan kumpulan seperti bola keranjang atau futsal untuk mempertingkatkan kemahiran bersosial dan menjadi lebih fokus.

Ketika melakukan aktiviti fizikal ini, berikan mereka satu pek MILO® UHT yang lazat dan bertenaga. MILO® UHT dirumus secara unik untuk membantu pembebasan tenaga yang cekap dengan tambahan vitamin dan mineral yang diperlukan kanak-kanak.

3. Cabaran ketiga - utamakan sarapan

Berdasarkan hasil Kajian MyBreakfast Study, satu daripada tiga pelajar sekolah didapati mempunyai tahap aktiviti fizikal yang rendah terutama mereka yang tidak mengambil sarapan.

Bagi mengatasi masalah ini, anak-anak boleh dibekalkan dengan hidangan sarapan yang mudah dan berkhasiat seperti sandwich telur atau sardin gulung bersama satu pek minuman MILO® UHT.

Bekalkan satu pek MILO® UHT ke dalam beg sekolah si kecil bagi memastikan mereka mempunyai tenaga pada bila-bila masa dan di mana saja untuk menghadapi cabaran harian di sekolah.

Satu pek MILO® UHT mengandungi Activ-Go™ iaitu kombinasi unik Protomalt®, mineral serta vitamin seperti vitamin B agar anak lebih bersedia menghadapi pelbagai cabaran setiap hari.

Justeru, ibu bapa boleh mulakan perancangan sekarang agar urusan kembali ke sekolah menjadi lebih mudah untuk kedua-dua pihak.

MILO® UHT dijual dalam pek 125ml dan 200ml di kedai serbaneka, pasar mini dan pasar raya. Untuk mengetahui lebih banyak mengenai kempen MILO® UHT Bekalkannya Tenaga Juara, sila layari www.milo.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 7:46 AM