Suliati Asri


Mahu menggalas beg yang sesuai digunakan untuk pelbagai aktiviti dengan rekaan menarik bertemakan Rainforest & Champions? Jangan lepaskan peluang memilikinya menerusi Program Penebusan MILO® UHT Koleksi Sekolah dari Emila Yusof bermula 15 Oktober hingga 29 Februari 2020.


Dengan hanya minum MILO® UHT dan mengumpul mata sebanyak 30 mata, anda berpeluang menebus 1 rekaan beg galas hasil inspirasi penulis serta pelukis tempatan, Emila Yusof yang bertemakan alam semula jadi dan semangat juang.

Menawar dua rekaan, beg galas ini sangat praktikal dan boleh dibimbit serta digalas untuk dibawa ke mana saja. Poket hadapan yang besar juga memberikan lebih ruang untuk menyimpan barang keperluan anak-anak. Dua tempat letak botol minuman di bahagian sisi pula melengkapkan gaya.


Selain penebusan beg galas, anda juga boleh menebus bekas makanan yang ceria dengan hanya mengumpul sembilan mata untuk satu rekaan.

Menariknya mengenai bekas makanan turut direka mengikut #sukusukuseparuh yang memudahkan anda menyediakan pemakanan seimbang selain mempunyai ruang MILO® UHT untuk membekalkan tenaga berkhasiat serta saiz yang mudah untuk di bawah ke mana saja.

Oleh itu, tebus dan dapatkan kesemua rekaan hasil inspirasi Emila Yusof. Semua pek minuman yang dikumpulkan akan dikitar semula menjadi kepingan bumbung untuk membina rumah komuniti setempat di bawah Projek CAREton.

Projek CAREton adalah kempen kesedaran kitar semula oleh NESTLE® MILO® UHT & Tetra Pak. Sertai kami untuk membantu memelihara alam sekitar. Jadi, jom tebus dan kitar semula hari ini.

Ikuti 3 langkah mudah untuk kitar semula sambil menebus beg galas dan bekas makanan MILO® dari Emila Yusof.


Langkah 1:

Minum MILO UHT dan kumpul mata*. 30 mata = 1 Rekaan beg galas.

Kumpul pek MILO® UHT dan ikut langkah Flip, Flap, dan Flat.

Langkah 2:

Isi borang dengan bukti pembelian. Muat turun borang atau dapatkan di kedai berhampiran dan lampirkan bersama pek yang sudah dikumpul.

Langkah 3:

Tebus melalui pos termasuk pos biasa, penghantar surat perkhidmatan atau Pos Laju.

*Pastikan pek UHT anda bersih dan kering.

Anda boleh membuat penebusan melalui pos dengan menghantar borang penebusan bersama pek terkumpul ke:

PROGRAM PENEBUSAN MILO® UHT KOLEKSI SEKOLAH

Omniteam Sdn Bhd.

16, Jalan SS25/35 Taman Mayang,

47301 Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.milo.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 10:57 AM