ANGGOTA penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas jentera berat dikendali jatuh gaung. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas jentera berat dikendali jatuh gaung. FOTO Ihsan Bomba.
Juwan Riduan


Kota Marudu: Lelaki warga emas maut selepas jentera berat dikendalikannya jatuh gaung sedalam 80 meter di ladang kelapa sawit Kampung Rosob, Pitas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, Kok Vui Siong, 64, maut akibat tersepit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 2.41 petang.

Katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dikejarkan ke lokasi dan dimaklumkan kemalangan membabitkan sebuah jentera ketika melakukan kerja pembersihan ladang.

"Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pasukan bomba dengan bantuan jengkaut," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan pada 4.24 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2023 @ 6:43 PM