AKSI antara bekas pemain Liverpool dan United di SNBJ semalam. FOTO Bernama
AKSI antara bekas pemain Liverpool dan United di SNBJ semalam. FOTO Bernama
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang pernah dianggap 'hancur' oleh penyokong bola sepak tempatan namun kali ini mendapat pujian daripada bekas pemain Liverpool dan Manchester United yang berentap di 'Battle of The Reds, malam tadi.

Antara yang berpuas hati dengan padang SNBJ adalah bekas pertahanan Liverpool Glen Johnson apabila melihat rumput di venue berkenaan tidak mendatangkan masalah kepada mereka untuk beraksi dengan baik.

Johnson pernah beraksi di padang berkelas dunia ketika bersama Liverpool mengakui padang berada dalam keadaan baik walaupun cuaca hujan hampir setengah jam sebelum perlawanan bermula.

"Padang berada dalam keadaan yang hebat dan nampaknya ia okay (padang). Ia juga berada dalam keadaan yang baik," katanya.

Terdahulu, 'Battle of The Reds' diungguli Liverpool Reds yang menunjukkan Manchester Reds 4-2 dan keputusan itu secara tidak langsung membuktikan Liverpool bukanlah tandingan seteru tradisi mereka itu.

'Ya, ini membuktikan Liverpool pasukan yang lebih baik berbanding United," tambah Johnson.

Djibril Cisse meledak hatrik buat Liverpool Reds sebelum Florent Sinama Pongolle menjaringkan gol kemenangan sementara itu gol Manchester Reds dijaringkan Dimitar Berbatov dan Danny Webber.

Sementara itu, bekas pertahanan Manchester United, Wes Brown mengakui teruja dengan pengalaman beraksi di Malaysia malah dia turut kagum dengan persembahan rakan sepasukannya yang sudah pun melepasi zaman kegemilangan masing-masing.

"Atmosfera yang sangat hebat di sini dan terima kasih kepada penyokong yang merancakkan lagi perlawanan malam ini (malam tadi). Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berada di sini.

"Barisan pemain menunjukkan persembahan yang mantap sepanjang aksi walaupun ada antara mereka yang sudah berusia dan memiliki masalah dengan lutut ataupun pinggul.

"Saya gembira melihat aksi mereka yang pernah menjadi antara pemain terbaik di EPL. Ini satu perlawanan yang sangat menghiburkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 2:36 PM