GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Jabatan Kesihatan (JKN) Kedah mengeluarkan 48 notis kompaun kepada pengendali makanan bazar Ramadan kerana pelbagai kesalahan, termasuk pengendali makanan tidak mempunyai suntikan anti-tifoid dan tahap kebersihan tidak memuaskan.

Pengarahnya Dr Othman Warijo berkata, operasi kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan di seluruh Kedah dilakukan pada 26 Mac sehingga Rabu lalu membabitkan 2,644 premis makanan termasuk premis pembekal ais dan 4,503 pengendali makanan diperiksa.

"Sebanyak 48 notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Sehingga kini, sebanyak 44 sampel makanan sudah diambil dan dihantar untuk analisis makmal dan tiada pelanggaran dilaporkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Kedah juga mengambil inisiatif menyediakan QR Code Aduan Kebersihan dan Keselamatan Makanan untuk memudahkan pengguna menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar Ramadan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 April 2023 @ 6:04 PM