Zatul Iffah ZolkiplyBaharom Bakar dan Zaid Salim dan Faizul Azlan Razak


Marang: Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan dua muka baharu ditampilkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ia diumumkan Pengerusi PN Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Ceramah Perdana Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila di sini malam ini.

Abdul Hadi mendominasi kerusi Parlimen Marang selama tiga penggal bermula PRU-12.

Selain Abdul Hadi, PN turut menampilkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak sebagai calon Parlimen Kuala Nerus.

Pada PRU-13 dan PRU-14, PAS memenangi kerusi berkenaan menerusi penyandangnya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Bagaimanapun, Mohd Khairuddin membuat permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS berkuat kuasa serta merta pada Mac lalu.

PAS turut menampilkan seorang calon muka baharu dengan mempertaruhkan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh untuk berentap di Parlimen Besut.

Selain kerusi Parlimen Marang dan Kuala Nerus dan Besut, PN meletakkannya calonnya di Setiu (Shaharizukirnain Abd Kadir), Kuala Terengganu (Datuk Ahmad Amzad Hashim), Dungun (Wan Hassan Mohd Ramli) dan Kemaman (Che Alias Hamid) manakala kerusi di Hulu Terengganu ditandingi calon BERSATU, Datuk Rosol Wahid.

TIMUR: SENARAI CALON PN TERENGGANU

P33 Besut

Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (muka baharu)

P34 Setiu

Shaharizukirnain Abd Kadir (penyandang)

P35 Kuala Nerus

Datuk Dr Alias Razak (muka baharu Adun bukit tunggal)

P36 Kuala Terengganu

Datuk Ahmad Amzad Hashim (penyandang)

P37 Marang

Tan Sri Abdul Hadi Awang (penyandang)

P38 Hulu Terengganu

Datuk Rosol Wahid (penyandang)

P39 Dungun

Wan Hassan Mohd Ramli (penyandang)

P40-Kemaman

Che Alias Hamid (penyandang)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2022 @ 10:56 PM
TAN Sri Abdul Hadi Awang mengekalkan kerusi bertanding di kawasan Parlimen Marang sempena PRU 15 pada Majlis Pengisytiharan di Dewan Tok Guru Rusila Marang. FOTO GHAZALI KORI
TAN Sri Abdul Hadi Awang mengekalkan kerusi bertanding di kawasan Parlimen Marang sempena PRU 15 pada Majlis Pengisytiharan di Dewan Tok Guru Rusila Marang. FOTO GHAZALI KORI