PENGHANTAR makanan menunggang basikal ketika cuaca panas di Yangon, semalam. FOTO AFP
PENGHANTAR makanan menunggang basikal ketika cuaca panas di Yangon, semalam. FOTO AFP
AFP

Naypyidaw: Myanmar merekodkan suhu tertinggi pada April iaitu 48.2 darjah Celsius.

Ia disahkan oleh pihak berkuasa pada Isnin, ketika negara Asia Tenggara itu berada dalam gelombang panas.

Menurut kenyataan pejabat cuaca negara itu, suhu mencecah 48.2 Celsius di bandar Chauk di wilayah Magway tengah Myanmar pada Ahad.

Suhu itu adalah yang tertinggi dilihat di mana-mana kawasan di Myanmar pada April, sejak tempoh 56 tahun lalu.

Pada hari sama, suhu mencecah 40 darjah Celsius di hab komersial Yangon dan 44 darjah Celsius di bandar kedua Mandalay, kata pejabat cuaca.

"Ia terlalu panas di sini, dan kami semua hanya duduk di rumah," kata seorang penduduk Chauk, yang berada di dataran tengah Myanmar yang gersang.

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa dalam keadaan seperti ini," katanya yang enggan didedahkan namanya kepada AFP.

Menurut pemantau cuaca negara, suhu siang hari di Myanmar pada Khamis lalu adalah tiga hingga empat darjah Celsius, lebih tinggi daripada purata April.

Suhu global mencecah paras tertinggi tahun lalu dan Pertubuhan Meteorologi Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Asia menunjukkan suhu panas pada kadar yang sangat pantas, dengan kesan gelombang haba di rantau itu menjadi lebih teruk.

Penyelidikan saintifik menunjukkan perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama dan kerap.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 10:18 AM