Pelakon, Amir Ahnaf ketika majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran 4ward Entertainment di Hotel Meridien Kuala Lumpur. FOTO AZIAH AZMEE
Pelakon, Amir Ahnaf ketika majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran 4ward Entertainment di Hotel Meridien Kuala Lumpur. FOTO AZIAH AZMEE
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon, Amir Ahnaf, 24, tidak perlu bimbang apabila namanya turut menjadi sebutan dalam kontroversi dibongkar wanita Singapura, Sarah Yasmine yang masih hangat diperkatakan.

Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin berkata, dia memang mengenali dan pernah berjumpa Sarah di acara CelebFest di Singapura tidak lama dulu, namun perkenalan itu habis di sana saja.

"Ketika itu saya berada di CelebFest selama tiga hari. Kebetulan gerai saya sebelah gerai Anna Jobling dan seperti kita tahu Sarah berkawan dengan Anna.

"Saya selalu lepak di belakang gerai untuk makan dan mereka ada di sebelah, jadi kami lepak bersama. Dia (Sarah) banyak tolong angkat barang dan dia orang yang baik," katanya.

Bagaimanapun, pelakon drama Project: High Council itu memberitahu dia sudah tidak lagi berhubung dengan Sarah selepas acara terbabit.

"Kami kenal dekat situ saja, hanya sekadar makan sama-sama, duduk sama-sama. Selepas itu tak ada apa-apa dah. Memang kami tak ada berhubung. Tapi Sarah memang orang yang baik sebab dia selalu tolong kami dekat gerai itu," katanya.

Amir juga memang maklum dengan kontroversi yang membabitkan ramai nama angkara pendedahan demi pendedahan dibuat Sarah. Namun, dia enggan masuk campur.

"Saya sebenarnya jarang buka media sosial. Tempoh hari saya pergi Terengganu, bila sudah dapat tahu hal ini, nak cakap apa kan. Benda sudah jadi. Saya pun tak suka ambil tahu pasal hidup orang.

"Banyak benda lain nak fokus lagi. Kita doakan yang baik-baiklah, kawan-kawan kot. Sebab pusing-pusing, saya akan berlakon juga dengan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 10:57 AM