Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Hasratnya untuk memiliki kereta sendiri tidak kesampaian apabila maut dalam tragedi van kilang dihempap rusuk keluli perancah yang terjatuh akibat dilanggar sebuah treler di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam.

Arwah, Nurina Edwin Abdullah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Muhammad Raffidin Mohd Jufri, 33, yang juga abang ipar arwah berkata, dia menerima berita kemalangan itu daripada seorang daripada adik iparnya yang menerima panggilan daripada pihak kilang kira-kira jam 6 petang.

"Kali terakhir kami berjumpa tiga hari lalu ketika arwah datang ke rumah saya. Arwah macam biasa tidak menunjukkan sebarang perubahan.

"Arwah ada beritahu yang dia berhasrat nak beli kereta tapi tidak bercerita lanjut. Arwah sangat rapat dengan isteri saya yang juga kakak sulungnya dan mereka sering berhubung melalui WhatsApp.

"Sudah pasti kehilangannya ini amat dirasai oleh isteri saya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa adiknya itu," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini, hari ini.

Muhammad Raffidin berkata, dia dan isterinya datang ke HCTM untuk pengecaman dan dimaklumkan proses bedah siasat akan dijalankan sebaik menerima keputusan ujian saringan Covid-19.

Katanya, jenazah Nurina dijangka dibawa pulang ke kampung halaman keluarga di Lundu, Sarawak.

Dalam kejadian jam 5.58 petang semalam, Nurina, 47, bersama seorang lagi mangsa maut manakala dua lagi rakan serta pemandu van kilang cedera.

NURINA Edwin Abdullah. FOTO Aswadi Alias.
NURINA Edwin Abdullah. FOTO Aswadi Alias.

Berita berkaitan

''Pemandu treler langgar jejambat direman 4 hari

'Arwah banyak menyendiri, diam' - Rakan [METROTV]

'Jejambat runtuh: Pemandu treler positif dadah [METROTV]

'Saya lihat wajah adik seperti tidur' [METROTV]

'Dua wanita maut, tiga selamat tragedi runtuhan jejambat'

'Dua mangsa runtuhan stabil, seorang mangsa angkat tangan'

'Mangsa pertama dibawa keluar daripada runtuhan jejambat'

'Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE'

'Jejambat runtuh dilanggar lori bawa jengkaut'

'Lima terperangkap dalam van kilang dihempap runtuhan'

'Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mac 2021 @ 3:29 PM