GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Sebanyak 22 kes kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara semalam, meningkat sekali ganda berbanding kelmarin.

Berdasarkan statistik di Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman hari ini, jumlah itu meningkat berbanding 11 kes kematian yang direkodkan kelmarin.

Selain itu, kes kemalangan juga meningkat apabila sebanyak 1,914 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara semalam, berbanding 1,869 kes sebelumnya.

Kerajaan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara 'real time' setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Tindakan itu dilaksanakan dengan pelaporan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2024 @ 3:13 PM