KEADAAN van kilang membawa lima orang yang dihempap runtuhan jejambat. FOTO AMIR ABD HAMID
KEADAAN van kilang membawa lima orang yang dihempap runtuhan jejambat. FOTO AMIR ABD HAMID
Amir Abd Hamid; Muhaamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Dua mangsa wanita yang terperangkap akibat van kilang dihempap runtuhan struktur jejambat pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak, di sini, berjaya dibawa keluar.

Ia menjadikan tiga mangsa terperangkap berjaya dibawa keluar setakat ini.

Mangsa pertama iaitu lelaki dipercayai pemandu dibawa keluar pada 8.55 malam sebelum mangsa kedua dibawa keluar pada 9.17 malam dan mangsa ketiga dibawa keluar seminit kemudian.

Keadaan kedua-dua mangsa dilihat stabil apabila salah seorang dari mereka dilihat mengangkat tangan.

Terdahulu, seorang mangsa lelaki berusia 60-an dibawa ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk menerima rawatan lanjut dengan ambulans bomba dan diiringi anggota polis trafik.

Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan terkini mangsa lelaki yang berjaya dibawa keluar itu.

Terdahulu, kerja menyelamat lima mangsa yang terperangkap akibat runtuhan struktur jejambat berkenaan.

Portal berita Harian Metro melaporkan jejambat SUKE runtuh selepas sebuah lori membawa jengkaut melanggar binaan terbabit, petang ini.

Berita berkaitan

'Mangsa pertama dibawa keluar daripada runtuhan jejambat'

'Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE'

'Jejambat runtuh dilanggar lori bawa jengkaut'

'Lima terperangkap dalam van kilang dihempap runtuhan'

'Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 9:46 PM