Amir Abd Hamid; Muhaamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Seorang mangsa yang terperangkap akibat runtuhan struktur jejambat pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak, di sini, berjaya dikeluar pada 8.55 malam.

Mangsa lelaki berusia 60-an dibawa ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk menerima rawatan lanjut.

Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan keadaan terkini mangsa yang berjaya dibawa keluar itu dan dibawa ke HCTM menggunakan ambulans bomba dan diiringi anggota polis trafik.

Terdahulu, kerja menyelamat lima mangsa yang terperangkap akibat van kilang dinaiki mereka dihempap runtuhan struktur jejambat, sedang dijalankan.

Pasukan dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut kelihatan di lokasi.

PASUKAN perubatan bersedia dalam operasi menyelamat lima mangsa dihempap runtuhan jejambat, hari ini. FOTO HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR
PASUKAN perubatan bersedia dalam operasi menyelamat lima mangsa dihempap runtuhan jejambat, hari ini. FOTO HAFIDZUL HILMI MOHD NOOR

Laluan masuk ke lokasi turut dilencongkan dan pengguna kini perlu berpatah balik.

Portal berita Harian Metro melaporkan jejambat projek SUKE itu runtuh selepas sebuah lori membawa jengkaut melanggar perancah besi binaan terbabit.

Berita berkaitan

'Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE'

'Jejambat runtuh dilanggar lori bawa jengkaut'

'Lima terperangkap dalam van kilang dihempap runtuhan'

'Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mac 2021 @ 9:14 PM