LOKASI kejadian di tapak pembinaan lebuhraya SUKE berhampiran Desa Tun Razak, Kuala lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim.
LOKASI kejadian di tapak pembinaan lebuhraya SUKE berhampiran Desa Tun Razak, Kuala lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim.
Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pemandu treler yang melanggar kerangka besi pada binaan jejantas direman empat hari bermula hari ini berkaitan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, perintah tahanan diperoleh sehingga 7 Mac ini.

"Siasatan lanjut dijalankan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan pemandu treler yang melanggar jejambat dalam pembinaan Lebuhraya SUKE didapati positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata, suspek berusia 40 didapati positif methamphetamine selepas ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Dang Wangi.

Berita berkaitan

'Arwah banyak menyendiri, diam' - Rakan [METROTV]

'Jejambat runtuh: Pemandu treler positif dadah [METROTV]

'Saya lihat wajah adik seperti tidur' [METROTV]

'Dua wanita maut, tiga selamat tragedi runtuhan jejambat'

'Dua mangsa runtuhan stabil, seorang mangsa angkat tangan'

'Mangsa pertama dibawa keluar daripada runtuhan jejambat'

'Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE'

'Jejambat runtuh dilanggar lori bawa jengkaut'

'Lima terperangkap dalam van kilang dihempap runtuhan'

'Van kilang dihempap jejambat lebuh raya runtuh'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mac 2021 @ 3:10 PM