GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Safuri Kamarudin


ENAM lelaki berusia 20 sehingga 30-an ditahan ketika sedang khayal di bengkel di Kampung Siputih, Mukim Tawar, Baling, semalam.

Mereka ditahan dalam operasi bersepadu Agensi Antidadah Dadah Kebangsaan (AADK) dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Daerah Polis Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, operasi selama tujuh jam bermula 5 pagi itu dibuat selepas anggota melakukan intipan di sekitar kampung berkenaan.

Katanya, anggota BSJN dan AADK membanteras berterusan gejala dadah ini tanpa mengenal usia dan sentiasa memantau di semua kawasan yang dikenal pasti.

“Dalam serbuan itu mereka tidak dapat melarikan diri kerana sedang khayal dadah.

“Polis turut merampas dadah syabu seberat 5.50 gram, manakala lima penagih diserahkan kepada AADK.

“Seorang lagi ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 9:29 AM