Vivo NEX kini boleh didapati pada harga RM 2799 di Vivo Concept Stores
Vivo NEX kini boleh didapati pada harga RM 2799 di Vivo Concept Stores

Vivo

Vivo Malaysia melalui model telefon pintar, NEX muncul sebagai peranti pertama dengan kamera hadapan boleh sembunyi ‘pop up’ pada bahagian atas dan pengesanan cap jari dalam paparan untuk tempoh jangka panjang.

Vivo NEX hadir dengan rekaan skrin menyeluruh yang dilengkapi paparan Ultra Fullview™ dengan nisbah skrin ke badan 91.24 peratus untuk memberikan pandangan yang lebih jelas dan terang.

Tidak seperti telefon pintar lain, Vivo melakukan banyak eksperimen dan pelarasan sebelum secara rasmi melancarkan produk untuk memenuhi kehendak penggunanya selain mampu menyediakan persekitaran lebih selamat.

Tambah menarik, sensor cap jari tersembunyi bawah paparan skrin turut menjadikan Vivo NEX kelihatan rapi dan futuristik. Teknologi pengeluaran bunyi pada skrin, mampu menghantar bunyi getaran melalui paparan telefon termasuk sistem pembesar suara tanpa kelihatan lubang pada Vivo NEX.

Kamera depan mempunyai lensa 8MP tersembunyi di sebalik telefon berkenaan dan hanya dinaikkan selama satu saat untuk membolehkan pengguna mengambil sendiri seperti dilakukan sebelum ini.

NEX juga menggantikan pendengaran menggunakan fon telinga kepada teknologi paparan bunyi skrin yang kemudiannya boleh bertukar menjadi pembesar suara.Teknologi ini bukan sahaja mengecilkan permukaan paparan skrin telefon di bahagian atas sebaliknya meningkatkan kualiti bunyi dengan ‘bass’ yang lebih kuat dan lembut.

Ia turut memperkenalkan teknologi pengimbasan cap jari generasi ketiga Vivo yang ditambah baik dalam kedua-dua ketepatan dan kelajuan, berikutan kejayaan Vivo X20UD dan X21.Teknologi ini menyembunyikan sensor cap jari bawah paparan semasa dan masih menyampaikan akses cap jari di hadapan telefon.

Pelbagai gambar menarik pula boleh diabadikan dengan menggunakan teknologi kecerdasan pintar (AI) Fotografi. NEX menaikkan kamera dengan lensa Sony IMX363 generasi baru dan Penstabilan Imej Optik empat paksi berketepatan tinggi yang digabungkan dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS).Memaparkan pelbagai ciri-ciri AI Photography seperti AI Scene Recognition, AI HDR, AI Filters dan AI Portrait Framing, NEX membantu pengguna mengambil gambar hebat tanpa menghiraukan persekitarannya.

Foto : Gradient Lok
Foto : Gradient Lok

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan skrin 6.59 inci, menggunakan cip pemprosesan yang baru Snapdragon 845 bersama 8GB RAM dan 128GB Storan serta bateri 4000mAh. Ia juga mengandungi Unit Pemprosesan Grafik Adreno 630 yang 30 peratus lebih berkuasa daripada sebelumnya serta lebih jimat tenaga.

Berbalik kepada rakaman gambar, Vivo NEX hadir dengan kamera utama 12-megapixel dan 5-megapixel di belakang, sementara kamera 8-megapixel yang boleh disembunyikan untuk rakaman swafoto. Ia turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, selain bicu audio 3.5 milimeter (mm).

Foto : Gradient Lok
Foto : Gradient Lok

Vivo NEX kini boleh didapati pada harga RM 2799 di Vivo Concept Stores, rakan kerjasama dan penjual semula yang sah. Untuk maklumat lanjut, lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube. Anda juga boleh membeli Vivo NEX di e-kedai rasmi Vivo, Vivo Store (https://www.vivostore.com.my/single-product.php?p=32).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 November 2018 @ 12:59 PM