Vivo

Kuala Lumpur: Vivo melakar sejarah tersendiri apabila teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin miliknya mendapat anugerah antara inovasi terbaik untuk telefon pintar Andorid 2018 oleh portal berita teknologi antarabangsa, Android Authority.

Portal berkenaan memuji Vivo kerana menjadi penyokong terbesar teknologi dan menjadi yang pertama memperkenalkan inovasi canggih itu ke dunia telefon pintar.

Vivo melancarkan teknologi itu hanya dalam tempoh setahun dan kini boleh didapati di pasaran peranti terbesar.

Kejayaan berkenaan membuktikan Vivo berjaya mengorak langkah setapak ke hadapan dalam mencapai matlamat utama mereka apabila memasukkan inovasi itu ke dalam X20 Plus UD, diikuti dengan X21 UD, NEX dan V11.

Menerusi teknologi itu juga, Vivo melancarkan NEX iaitu telefon pintar pertama di dunia yang hadir dengan kamera boleh laras di hadapan untuk pengalaman tontonan lebih mengagumkan.

Peranti yang tampil dengan paparan Super AMOLED 6.59 inci itu memberikan nisbah aspek 19.3:9 dan nisbah skrin tubuh ke kerangka sebanyak 91.24 peratus.

Tambah mengujakan, teknologi 'soundcasting' skrinnya mampu menghantar bunyi getaran melalui paparan telefon yang mengandungi sistem pembesar suara tanpa lubang kelihatan pada Vivo NEX.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Anda juga boleh membeli Vivo NEX di e-stor rasmi Vivo, Vivo Store (https://www.vivostore.com.my/single-product.php?p=32).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 10:20 AM