Vivo Malaysia

Kuala Lumpur: Setiap kali ada peranti baru, banyak syarikat cuba menonjolkan kelainan dan kehebatan produk masing-masing.

Terbaru Vivo yang baru-baru ini melancarkan V15 Pro dan setiap kali produk dikeluarkan, ia tidak pernah mengecewakan.

Terkini, Vivo menampilkan V15 yang mana peranti ini adalah kesinambungan siri V yang baru dilancarkan sebelum ini.

Vivo V15 biasa dijana dengan cip Helio P70 menggantikan Snapdragon 675 dan kamera utamanya tidak menggunakan lensa 48-Megapixel, tetapi 12-Megapixel. Lain-lain adalah sama, seperti pilihan memori 6GB RAM, storan 128GB , bateri 4000mAH dan pengecasan pantas Dual-Engine.

Apa yang menarik mengenai V15? Bagi mereka yang masih mencari-cari peranti sesuai, anda boleh meneliti V15 kerana ada lima benda penting yang perlu diketahui.

1. Kamera boleh laras 32MP

Setiap peranti keluaran Vivo, mereka menitikberatkan soal penampilan kamera. Ia sinonim dengan misi Vivo yang mahukan setiap gambar dirakam lebih menarik dan profesional.

V15 dilengkapi kamera 32MP dan dijual pada harga luar biasa RM1,399. Kamera ini dicipta dengan ketahanan dan sudah tentu mendatangkan sesuatu yang menakjubkan untuk bermain dan berswafoto.

Tahan, mudah digunakan seperti AI Face Beauty yang membantu wajah anda lebih tirus, kulit kelihatan lebih lembut.

Malah, dengan saiz paparan yang sama dan juga masih mengekalkan kamera yang akan meluncur naik apabila diaktifkan.

Kelainan yang terdapat pada peranti ini adalah ia tidak menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, sebaliknya ia diletakkan pada bahagian belakang peranti. Kamera utama yang terletak di bahagian belakang pula menggunakan kamera 12MP.

2. Tri-kamera belakang dan sudut lensa lebar

Bayangkan anda mahu merakam gambar pada waktu malam menggunakan V15 dengan kamera tri-kamera belakang. Apakah yang anda rasakan ketika itu? Inilah komitmen Vivo dengan murah hati menambah 12MP + 8MP + 5MP kamera belakang dengan aperture terbesar di f/1.78 serta menyokong fotografi sudut lebar 120°.

Aperture yang lebih besar akan memberikan imej yang lebih terang pada waktu malam.

3. Paparan skrin badan sebesar 6.53 inci

Dengan nisbah paparan skrin badan peranti sebesar 90.95 peratus, Vivo mengecilkan takut pada badan peranti ini di bahagian hadapan. Di sini, ia tidak menghalang pandangan anda pada keseluruhan paparan.

4. Storan dalaman 128GB, SD micro tambahan

Anda minat memuat turun banyak permainan tapi, storan tidak mencukupi. Jangan risau dengan V15, ia menyediakan storan jauh lebih besar. Jika anda rasa 128GB tidak mencukupi, anda boleh terus mengembangkan dengan 256GB menggunakan microSD lain untuk menyimpan semua gambar sebelum ini.

5. Dual SIM + microSD slot

Jika kerjaya anda sebagai seorang profesional, anda pasti mahu mengasingkan antara hal kerja dan peribadi. Jadi, anda tidak perlu risau kerana V15 menyediakan dua kad sim ditambah pula slot microSD yang besar dan pasti di luar jangkaan anda. Ciri-ciri yang ada pada V15 ini amat sesuailah bagi mereka untuk bergambar serta bermain permainan mudah alih.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 8:47 AM