Vivo Malaysia

Kuala Lumpur: Bagi peminat telefon pintar Vivo yang memasang impian memiliki jenama barunya, Vivo X21, bakal menjadi realiti dengan pelbagai promosi menarik ditawarkan di Shopee Malaysia (https://shopee.com.my/vivomalaysia.os) dari 5 hingga 12 Disember ini.


Caranya mudah. Dengan hanya menekan butang ‘follow’ stor Vivo Malaysia di Shopee, anda akan menerima baucar bernilai RM 10 yang boleh digunakan dengan pembelian minimum RM 100.

Selain itu, terdapat juga kod promosi VIVO2512 yang membolehkan anda menikmati diskaun RM 25 dengan pembelian RM 500 atau diskaun RM 50 dengan pembelian RM 1,000 apabila menggunakan kod berkenaan tetapi hanya untuk model telefon pintar terpilih.

Vivo dengan kerjasama Shopee Malaysia akan turut mengadakan kempen penjualan 'Shocking Deals' yang terhad pada harga seperti carta di bawah:




Jika anda melakukan ‘rate’ dan ‘review’ pembelian telefon pintar Vivo yang dibeli, tiket wayang secara percuma akan menjadi milik anda.

Vivo juga akan membuka tawaran baru apabila jumlah pengikut stor mereka di Shopee mencapai sasaran yang ditetapkan.


Apabila jumlah stor Vivo di Shopee mencapai 30,000 pengikut, anda boleh membeli kabel Vshare pada harga RM 1 manakala pada capaian 35,000 pengikut pula, dapat membeli Powerbank Vshare pada harga RM 11 dan pencapaian 40,000 pengikut, membolehkan pembeli Vivo Y53 pada harga RM 199 sahaja.

Telefon pintar Vivo X21 mempunyai paparan skrin penuh 6.28 inci dengan ciri fotografi yang diperbaharui teknologi kepintaran buatan (HDR AI) di samping pengecaman wajah yang dipertingkatkan menjadikannya model paling ideal untuk dimiliki.

HDR AI membolehkan foto yang dirakam berada pada tahap paling berkualiti dan cantik sekalipun ia diambil dalam keadaan gelap atau kurang latar cahaya.

Dengan ciri cap jari atau ‘In-Display Fingerprint Scanning’ yang dimiliki, menawarkan sistem sekuriti yang lebih selamat sekali gus mewujudkan keyakinan kepada pengguna X21 tanpa keraguan dan kebimbangan.

Vivo X21 juga pilihan tepat khusus kepada pengguna yang gemarkan aktiviti bergambar memandangkan telefon pintar itu mempunyai kelebihan kamera bahagian depan 12 megapiksel (MP) dan kamera depan dengan Dual Pixel Sensors.

Selain itu, foto yang menakjubkan juga boleh didapati menerusi sekali 'klik' dengan Vivo Y85. Ia mempunyai kamera belakang utama 13MP yang sangat jelas dan kamera belakang sekunder 2MP yang menangkap maklumat dengan sangat mendalam untuk mencapai tembakan bokeh kamera DSLR.

AI Face Beauty baru yang dibina mampu mengesan jantina, umur, ton, kulit, tekstur kulit dan persekitaran pencahayaan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Disember 2018 @ 8:02 AM