vivo Y35 dilengkapi 8+8GB RAM untuk keseronokan berganda. - FOTO vivo
vivo Y35 dilengkapi 8+8GB RAM untuk keseronokan berganda. - FOTO vivo
Muhamad Shaifullah Tayep

JENAMA yang sentiasa mengutamakan kepuasan pengguna, vivo tampil dengan siri terbaru iaitu vivo Y35, baru-baru ini.

vivo Y35 dilengkapi gabungan memori 8+8GB 3.0, bukan sahaja membolehkan pengguna menyerlahkan keseronokan tetapi menyelesaikan masalah terbesar yang biasa dihadapi pemilik telefon pintar iaitu kurang ruang penyimpanan.

Mengekalkan slogan 'That's Y' daripada model-model terdahulu, vivo Y35 mempunyai RAM 8GB dan tambahan maya 8GB bagi membolehkan aktiviti penukaran aplikasi lebih lancar.

Dengan itu, pengguna boleh memuat turun pelbagai aplikasi kegemaran dan menggunakan kesemuanya sekali gus tanpa ada gangguan.

RAM tambahan 3.0 vivo Y35 adalah versi yang dinaik taraf daripada model terdahulu, menawarkan teknologi baharu bagi membolehkan aktiviti penukaran antara aplikasi lebih lancar.

Dengan mencipta strategi sistem yang lebih disasarkan, jumlah data pengguna yang lebih besar boleh disimpan dengan menggunakan lebih sedikit memori luaran.

Selain RAM 8+8GB, vivo Y35 menawarkan ruangan storan 256GB yang bersamaan sehingga 1592 episod drama TV.

Reka bentuk slot tiga kad membolehkan pengguna memasukkan kad memori tambahan dan mendapatkan sehingga 1TB jumlah storan.

vivo Y35 sudah menjalani ujian kualiti yang ketat dan terbukti mampu tahan calar harian, terjatuh sebanyak 32,000 kali dan cuaca melampau antara 50 hingga 75 darjah celsius.

Ia juga kalis air IPX4 dan kalis habuk IP5X, justeru pengguna tidak perlu panik dengan percikan air atau habuk pada skrin atau lubang pada telefon.

Pengecasan pantas 44W

Image

vivo Y35 dilengkapi pengecasan pantas 44W, menjadikan ia siri Y pertama dalam sejarah yang membolehkan pengguna mengecas telefon sehingga 70 peratus hanya dalam masa 34 minit.

Pengecasan pantas 44W vivo Y35 adalah 35 peratus lebih cekap daripada FlashCharge 18W, justeru mengecas ketika bermain sembilan pusingan permainan video atau menonton 414 minit video ketika mengecas bukan lagi menjadi satu masalah.

Bagi meningkatkan lagi keseronokan menggunakan telefon, vivo Y35 dilengkapi bateri 5000mAh (TYP) yang menghilangkan kerisauan pengguna sekiranya kehabisan bateri.

Dengan teknologi penjimatan kuasa AI, satu cas penuh boleh bertahan sehingga dua hari atau 14.3 jam penstriman filem definisi tinggi (HD) dalam talian, atau 7.05 jam permainan intensif grafik.

Ciri pengecasan berbalik antara peranti lain juga disertakan bagi kemudahan pengguna ketika berada di luar rumah.

Skrin luas, mengasyikkan

vivo Y35 menampilkan paparan 6.58 inci definisi tinggi penuh (FHD+) dengan resolusi 2408×1080 piksel dan gamut warna P3 yang menawarkan paparan skrin luas dan mengasyikkan untuk tontonan video dan permainan video.

Ia turut menapis cahaya biru berbahaya bagi mengelakkan mata pengguna daripada terus tegang melihat skrin.

Dengan kadar pensampelan dan segar semula yang tinggi sehingga 90Hz, pengguna dapat menikmati paparan visual yang lancar dan tindak balas skrin yang sangat pantas. 

vivo Y35 menawarkan kecerahan skrin yang mencapai sehingga 550 nits dalam Mod Cahaya Matahari, justeru semuanya kekal jelas dan selesa untuk dilihat apabila pengguna menikmati kehidupan digital di luar rumah.

Image

Bagi lebih menyerlahkan gaya pengguna, vivo Y35 hadir dengan rekaan bingkai rata dengan kelengkungan 2.5D dan bucu bulat yang simetri yang minimalis pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang selain selesa untuk dipegang.

Bahagian belakang vivo Y35 pula menyerlahkan kelas dan keanggunan melalui penampilan dua kamera besar.

Skrin vivo Y35 turut hadir dengan permukaan anti-silau (AG) beku yang menawarkan sentuhan indah lagi lembut, selain tahan terhadap calar dan cap jari.

vivo Y35 hadir dengan rekaan Cap Jari Sisi vivo yang berfungsi sebagai pengimbas cap jari dan butang kuasa yang membolehkan pengguna menghidupkan dan membuka kunci pada masa sama.

Reka bentuk ini menjadikan Y35 kelihatan anggun dan tampak lebih kelas, sambil meningkatkan interaksi pengguna.

Untuk rekod, vivo Y35 hanya mengambil masa 0.24 saat untuk membuka kunci daripada skrin.

Lebih mengejutkan, ia turut dilengkapi ciri Face Wake yang membolehkan pengguna membuka kunci ketika mengangkatnya.

Fotografi pintar

vivo Y35 dilengkapi kamera utama 50MP, Bokeh dan Makro, selain pelbagai ciri hebat untuk fotografi lebih pintar seperti Swafoto Jelas, Kamera Malam Super, Potret Pelbagai Gaya, Kecantikan Wajah Video dan lain-lain.

Dengan adanya kamera utama 50MP sensor besar, ia mengumpulkan cahaya seperti kamera profesional bagi memberikan gambar definisi tinggi 50MP terkemuka dalam industri.

Pelbagai detik indah bermakna dalam hidup dapat dirakam dengan perincian yang jelas biarpun pada waktu malam.

Kamera Bokeh 2MP memberikan bukan sahaja hasil yang sempurna, tetapi tampak hidup dan dengan adanya algoritma bokeh yang dikemas kini.

Kamera Makro pula membolehkan pengguna meliha dunia kecil yang penuh dengan permata tersembunyi di hadapan mata anda dengan fokus sehampir 4sm.

Tidak cukup dengan itu, pengguna boleh menonjolkan semangat luar biasa setiap hari tidak kira ketika cahaya terang atau malap dengan ciri Swafoto Jelas yang mampu menghasilkan swafoto lebih jelas dengan kamera hadapan HD 16MP.

Kamera utama vivo Y35 turut dilengkapi Mod Malam Super menggunakan 'denoising' berbilang bingkai untuk membantu pengguna merakam suasana malam yang indah walaupun kurang pencahayaan.

vivo Y35 dikuasakan oleh cip Snapdragon 680 dan sistem pemprosesan Funtouch Android 12 yang memaparkan semua maklumat penting yang diperlukan pengguna pada akses lebih mudah.

Fungsi yang paling kerap digunakan diletakkan pada skrin utama untuk akses cepat dan mudah tanpa gangguan, selain Widget yang tersedia untuk kemudahan pengguna seperti Album, Cuaca, Pembersihan dan Pecutan, Pelekat dan Pemain Muzik Nano.

Fungsi iManager turut ditambahkan supaya pengguna sentiasa bersedia untuk mengoptimumkan prestasi telefon dan mengurus tugasan utama.

Ia mengimbas risiko dan mengoptimumkan prestasi sistem dengan hanya satu klik, memadamkan cache untuk mengosongkan lebih banyak ruang telefon dan menawarkan alatan lain untuk mengurus data mudah alih, aplikasi dan bateri bagi memastikan telefon pengguna berada dalam keadaan terbaik sepanjang hari.

Siri vivo Y35 adalah telefon pintar pertama dalam industri yang dijual pada julat harga RM1,000 dan dilengkapi 8+8GB RAM tambahan serta storan 256GB dan fungsi berbilang aplikasi serta ciri hebat lain.

Rasai lebih keseronokan dengan vivo Y35 hari ini. Kunjungi kedai vivo berhampiran atau layari laman web vivo untuk maklumat lanjut mengenai vivo Y35.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 6:10 PM