AMINUDDIN selepas menerima Pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) daripada  Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid (tiga dari kanan) sempena Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Seremban. -Foto IQMAL HAQIM ROSMAN
AMINUDDIN selepas menerima Pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohammad Hamdan Wahid (tiga dari kanan) sempena Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Seremban. -Foto IQMAL HAQIM ROSMAN
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memberi pengiktirafan apabila menganugerahkan pemakaian pangkat kehormat kepada empat pemimpin kerajaan Negeri Sembilan, hari ini.

Penganugerahan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) diberikan kepada Menteri Besar Aminuddin Harun, manakala pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dianugerahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Zulkefly Mohamad Omar.

Turut menerima pengiktirafan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Razali Ab Malik yang dianugerah pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong yang menerima pangkat sama.

Keempat-empat penganugerahan itu dilakukan Ketua Pengarah JBPM Mohamad Hamdan Wahid pada majlis ringkas di Seremban.

Hadir sama, Pengarah JBPM negeri Norazam Khamis.

Aminuddin berkata, pemakaian pangkat berkenaan adalah penghargaan besar dalam membina hubungan antara kerajaan negeri dan pusat.

“Semalam saya dilawati Ketua Setiausaha Negara (KSN), manakala hari ini di pihak bomba.

“Kita (kerajaan negeri) akan membina hubungan dua hala berkaitan tugas kebombaan bagi menangani kes kebakaran, kemalangan, lemas dan sebagainya," katanya pada sidang media sebaik program berakhir.

Keterangan gambar:

Mohamad Hamdan memakaikan pangkat kehormat kepada Aminuddin di Klana Resort, hari ini.

Tamat

#kw Empat pemimpin utama Negeri Sembilan terima pangkat kehormat bomba

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Julai 2018 @ 1:04 PM