Wan Mohd Nor (kanan) menyampaikan anugerah kepada Ahmad Idham.
Wan Mohd Nor (kanan) menyampaikan anugerah kepada Ahmad Idham.
Amirul Haswendy Ashari


PENGARAH dan penerbit, Ahmad Idham Nadzri, 45, mencatat sejarah menjadi anak seni pertama dianugerahkan pangkat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Anugerah pangkat Penguasa Kanan Bomba 1 (Kehormat) disampaikan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya, hari ini.

“€œPenganugerahan ini tidak pernah berlaku di dalam industri hiburan dan mereka nampak sumbangan anak seni kepada JBPM.

“€œPun begitu saya tetap malu dengan mereka sebab filem Qhaliq yang bertujuan mengangkat kerjaya bomba tidak mendapat perhatian serius daripada jawatankuasa SWT (Sistem Wajib Tayang),”€ katanya.

Katanya, ramai tidak faham dengan agenda serta usahanya untuk menaikkan agensi kerajaan terutama PBPM melalui filem Qhaliq.

Terutamanya kesal dengan SWT yang sepatutnya memberi sokongan untuk mengangkat agenda ini tidak peka dengan usaha dilakukannya bagi menaikkan imej jabatan kerajaan.

Filem Qhaliq edaran syarikatnya sepatutnya ditayangkan pada 5 April lalu namun terpaksa ditunda tarikh kerana bertembung dengan filem Dukun.

“€œSaya akan umumkan tayangan Qhaliq selepas berbincang dengan Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob dalam masa terdekat.

“€œPada masa sama, saya juga membawa amanat Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mahu filem ini dapat ditayangkan kepada penonton tempatan,”€ katanya.

Ahmad Idham sebelum ini menerima pangkat Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada 16 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 8:27 PM