NOR Aida  ditemani dua daripada lapan anaknya menunjukkan gambar arwah suaminya.
NOR Aida ditemani dua daripada lapan anaknya menunjukkan gambar arwah suaminya.
Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Hilang sudah tempat bergantung bagi seorang ibu kepada lapan anak, apabila suaminya yang terlantar koma sejak enam hari lalu menghembuskan nafas terakhir, semalam.

Malah Nor Aida Miti, 38, yang kini sedang mengandung dua bulan buntu memikirkan nasib mereka sekeluarga kerana enam daripada lapan anaknya masih bersekolah termasuk dua masih menuntut di sebuah kolej di sini.

Nor Aida yang tidak bekerja berkata, arwah suaminya, Mohd Safri Che Ghani, 41, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, sejak Khamis lalu selepas mengalami sesak nafas dan jangkitan kuman pada paru-paru sehingga merebak ke bahagian otak.

Katanya, sejak suaminya itu tidak sedarkan diri, keadaannya tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir di sisi anak.

“Sebelum ini, doktor memberitahu jika umur arwah suami panjang, besar kemungkinan seluruh anggota badannya akan lumpuh, namun Allah SWT lebih menyayanginya kerana tidak mahu melihat penderitaan arwah sebelum sempat melihat wajah anak bongsu kami yang bakal lahir nanti,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Mac 2018 @ 4:38 AM