Pengasas Hakak Maneh Balkis Mohd Soib (kiri) dan suami, Zulkifli Mahamad (kanan) - FOTO Hakak Maneh
Pengasas Hakak Maneh Balkis Mohd Soib (kiri) dan suami, Zulkifli Mahamad (kanan) - FOTO Hakak Maneh
Mohammad Asyraf Khalib

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Bermula dengan menjual pekasam dari rumah sejak 2018, kini jenama produk makanan tradisi terkemuka, Hakak Maneh berjaya menempa nama di peringkat global.

Pada 18 Oktober lalu, produk pekasam Hakak Maneh merangkul anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands e-Branding F&B Ready To Eat Meals (Pekasam) 2021.

Kejayaan itu menjadikan pekasam Hakak Maneh sebagai produk pekasam pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan di peringkat dunia. 

Berkongsi kisah di sebalik kejayaan itu, pengasasnya, Balkis Mohd Soib, berkata beliau tidak menyangka Pekasam Hakak Maneh mampu berdiri megah setanding produk terkemuka yang lain.

"Saya dan suami sebelum ini berhenti kerja sebagai penjawat awam lalu tekad memulakan perniagaan sendiri dengan menjual pekasam secara kecil-kecilan dari rumah.

"Bermula dengan satu produk iaitu pekasam daging, kini jenama Hakak Maneh menawarkan lebih 10 jenis rangkaian produk termasuk pekasam dan bukan pekasam," katanya.

Inovasi produk 

Image

Bercerita lanjut mengenai keunikan produk Hakak Maneh, Balkis berkata produk pekasam yang dihasilkan syarikatnya, melalui proses inovasi rasa dan ramuan baharu. 

Ini menjadikan pekasam Hakak Maneh lebih sedap, tidak berbau busuk atau hanyir sekali gus digemari semua generasi. 

Lebih menarik, pekasam Hakak Maneh sangat mudah disediakan, mengambil masa hanya lima minit untuk memasak. 

"Pengguna terutama suri rumah tidak perlu menghabiskan masa lama di dapur di samping berpeluang mencuba pelbagai resipi masakan ringkas mengikut citarasa masing-masing," kongsinya.

Hari demi hari, pelbagai perubahan dan penambahbaikan dilakukan pasukan Hakak Maneh bagi meningkatkan kualiti produk.  

Sekitar September 2021, Hakak Maneh turut menambah mesin berteknologi canggih diimport khas dari Eropah untuk memproses daging dijadikan pekasam. 

Dengan menggunakan mesin itu, rasa dan tekstur daging pekasam lebih lembut serta enak, sekali gus menawarkan kualiti jauh lebih tinggi berbanding produk lain di pasaran.  

Rahsia kejayaan

Image

Ditanya mengenai rahsia kejayaan, Balkis meluahkan rasa syukur kerana beliau mendapat sokongan hebat daripada pasukan Hakak Maneh.

"Pasukan Hakak Maneh yang bernaung di bawah syarikat Putra Afiq Global Sdn Bhd terdiri daripada 2,600 orang termasuk kakitangan dan usahawan yang menjadi tulang belakang perniagaan ini.

"Saya kagum kerana majoriti usahawan yang berjaya di bawah bimbingan Hakak Maneh, sebelum ini merupakan suri rumah yang masing-masing menceburi bidang perniagaan dari bawah," katanya.

Sementara itu, Balkis turut menjelaskan bahawa pasukan 'dropship' turut menjadi penyumbang besar kepada kejayaan produk Hakak Maneh.

Pasukan 'dropship' tanpa modal itu dikatakan mampu menarik ramai pelanggan untuk membeli produk Hakak Maneh.

Dengan semua kejayaan yang dikecapi, perniagaan Hakak Maneh wajar dijadikan contoh oleh semua usahawan tempatan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Hakak Maneh, ikuti laman facebook rasmi Pekasam Hakak Maneh HQ. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 1:45 PM