Kisah perkongsian dua juara  Resipi Berani MAGGI mengenai bagaimana mereka membina keyakinan diri untuk meningkatkan kemahiran diri serta pengalaman mereka sebagai usahawan. - FOTO MAGGI Malaysia
Kisah perkongsian dua juara Resipi Berani MAGGI mengenai bagaimana mereka membina keyakinan diri untuk meningkatkan kemahiran diri serta pengalaman mereka sebagai usahawan. - FOTO MAGGI Malaysia
Nur Amirah Abd Rani

YANG bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan bukanlah satu perkara mudah.

Hakikatnya memerlukan usaha dan semangat yang tinggi untuk menempuh cabaran. 

Ikuti kisah perkongsian dua wanita hebat mengenai bagaimana mereka membina keyakinan diri untuk meningkatkan kemahiran diri serta pengalaman mereka sebagai usahawan untuk berjaya melalui bimbingan dari Program Mentor Wanita Cukup Berani anjuran MAGGI Malaysia. 

Impian bergelar usahawan sejak kecil

Membesar dalam keluarga yang menjalankan perniagaan katering, sejak kecil lagi Nur Syahidah  menyimpan hasrat untuk menjadi seorang usahawan.

Mengambil keputusan untuk keluar dari zon selesa, Syahidah memulakan perniagaan pertamanya iaitu NSA Cookies dan terkini, Syahidah's Food. 

Mengakui perjalanan Syahidah untuk memulakan perniagaan dipenuhi ranjau dan cabaran. 

"Bagi saya, daya tahan dan percaya pada impian  amat penting untuk kekal bersemangat dalam menjalankan sesebuah perniagaan. 

Tambahnya, sepanjang bimbingan peribadi selama lapan minggu bersama usahawan Anne Idris dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI, Syahidah banyak belajar kemahiran keusahawanan yang berguna untuk membantu mencapai kejayaan yang lebih besar dalam perniagaannya.

Sebagai contoh, kemahiran pengurusan kewangan, cara pemasaran dalam talian, penampilan diri dan sebagainya. 

"Dalam masa kurang setahun, hasil jualan saya meningkat lebih empat kali ganda dari RM900 kepada hampir RM4,000 sebulan," kata Syahidah. 

Bagaimanapun, memiliki Sindrom Blepharophimosis atau kelopak mata tidak normal sejak kecil menyebabkan Syahidah selalu merasa rendah diri dan malu. 

"Disebabkan keadaan fizikal saya, saya bergelut dengan perasaan ini sejak bertahun-tahun. Namun kini, saya merasa lebih yakin sejak dinobatkan sebagai juara Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2.

Melalui pengalaman ini, Syahidah semakin berani untuk melangkah lebih jauh lagi dan mengakui penampilan fizikal bukan pengukur kepada nilai dirinya. 

"Saya bersyukur dan menerima apa yang ada pada diri saya dan percaya keadaan saya menjadi lebih terserlah dan orang ramai juga mengenali saya!," tambahnya. 

Ditanya soal role model, Syahidah menjawab Anne Idris adalah individu yang menjadi contoh. 

Anne Idris merupakan seorang daripada tiga orang mentor bagi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI.

Dua Mentor yang lain adalah Duta Jenama bagi MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly.  

Beliau adalah bukti bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya selagi mereka berusaha dengan gigih untuk mencapai impian mereka!

Pandemik covid cetus idea berniaga

Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan kehidupan Nur Hidayah terumbang ambing apabila perniagaan beliau terkesan dan menyebabkan beliau hilang punca pendapatan. 

Bagaimanapun, ada cahaya dalam setiap kegelapan. 

Berbekalkan modal pinjaman sebanyak RM200 dari ibunya, beliau memulakan perniagaan pertama iaitu Hidayah Kitchen. 

"Pada peringkat awal, saya hanya mampu menjual antara 20 hingga 30 bungkusan sehari. 

Kehidupan Nur Hidayah berubah pada 2021 apabila beliau menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI dan akhirnya muncul sebagai juara dalam siri realiti Resipi Berani MAGGI Musim Pertama. 

"Dengan pengetahuan dan keyakinan yang diperoleh dari bengkel, siri realiti dan sesi bimbingan peribadi selama lapan minggu bersama Mentor Anne Idris, saya berjaya mengubah strategi perniagaan saya. Dalam masa setahun, hasil jualan Hidayah meningkat dari bawah RM1,000 sebulan ke RM6,000 sebulan," kata Hidayah. 

Berkongsi pengalaman dan nasihat, Hidayah berkata, sebagai usahawan kita perlu keluar dari zon selesa kerana kejayaan tidak akan datang sekiranya kita kekal berada dalam satu tempat sahaja. 

Tambahnya lagi, kita juga perlu berani menghadapi segala cabaran dan tekanan yang ada meski ianya sesuatu yang sukar supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. 

"Saya menghadapi pelbagai cabaran ketika saya memulakan Hidayah Kitchen. Namun, saya berjaya mengatasi cabaran ini dengan kesabaran dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru."

Sokongan dan bimbingan dorong kejayaan 

Sokongan yang sewajarnya untuk berjaya adalah antara nilai yang dilihat oleh Anne Idris selaku mentor bagi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI kepada Nur Syahidah dan Nur Hidayah. 

Selain itu, perkongsian pengalaman sebenar dan bimbingan mentor turut memberi inspirasi serta manfaat dalam membantu usahawan mencapai kejayaan yang lebih tinggi!

Kata Anne, sepanjang lapan minggu beliau banyak berkongsi petua bagaimana mereka boleh melaksanakan pengurusan kos yang lebih baik, menambah baik strategi penjenamaan dan pemasaran serta menyusun pemilihan menu atau saluran capaian untuk jualan mereka. 

"Untuk menemui kejayaan, kita perlu mula dari awal dan berusaha daripada bawah. Penting juga untuk kita mengenal pasti perkara yang memberi galakan kepada kita untuk mengatasi pelbagai halangan dan cabaran.

"Nasihat saya, terus berusaha untuk mencapai kejayaan, semakin maju perniagaan anda, semakin banyak manfaat yang diperoleh daripada kehidupan serta impak positif kepada orang lain dan komuniti anda," katanya.

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI bakal kembali pada bulan Februari 2023. 

Ia akan menampilkan program yang deperbaharui memfokuskan pada penciptaan kandungan (content creation) untuk media sosial dengan kerjasama bersama Google, Meta dan TikTok. 

Layari Bengkel Wanita Cukup Berani untuk pendaftaran sekarang!

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2023 @ 10:38 AM